GALERI

VIDEO GALERI 

KENANG-KENANGAN SEPANJANG KONVENSYEN



SLOT 1
10 OGOS 2015 (ISNIN)
8.30 MALAM - 10.30 MALAM

PROGRAM JARINGAN ANTARABANGSA


Modirator
Encik Roslan bin Yatim
Guru Besar SK Sena 
Sekolah Kluster Kecemerlangan Perlis


Antara intipati ucapan beliau:

*Penglibatan murid secara langsung dlm pertandingan antarabangsa dan penganjuran peringkat antarabangsa

*Perlu cari program yang memerlukan murid berfikir secara kreatif atau diluar kotak minda

*Setiap sekolah perlu ada bitara masing-masing.


Encik Roslan bin Yatim Guru Besar SK Sena 
Sekolah Kluster Kecemerlangan Perlis sedang menyampaikan sesi pembentangannya.





 Ahli Panel Pertama:
Tuan Haji Romlee Sumalee
Pegawai Perhubungan Luar Pendidikan Wilayah Satun, Thailand

Antara intipati ucapan beliau ialah:

*MoU  Pendidikan antara kerajaan Malaysia bersama kerajaan Thailand bermula ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM dan Tun Hisyamuddin menjadi Menteri Pelajaran.

*Program jaringan antara Malaysia dan Thailand Berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Thai dan bahasa Melayu antara dua buah Negara.






Ahli Panel Kedua
Encik Ilias bin Tajuddin
Guru Besar SK Miden Height, Pulau Pinang

Intipati ucapan beliau ialah:

*Laksanakan jaringan antarabangsa secara maya.
*Bagi sekolah berprestasi tinggi, pengantarabangsaan satu aktiviti yang wajib dilaksanakan melalui
          1 -Penyertaan di peringkat antarabangsa
2        2 -Penganjuran pertandingan peringkat antarabangsa
*    *Sijil perlu diluluskan dlm parlimen terlebih dahulu.
*    *Perlu diiktiraf oleh bahagian kokurikulum KPM.
*    *Sekolah perlu anjurkan pertandingan dan harus sampai tahap antarabangsa.
*    *SK Minden bermula dgn program jangkamasa panjang yg memberi impak yg tinggi kepada murid
Dimulakan bersama Intel California.
*Guna dlm bentuk talian contohnya menjemput sekolah berhampiran dahulu kemudian ke sekolah yg lain.
*Sekolah perlu mencari pertandingan yang diiktiraf dunia.
*Kita perlu kaji kekuatan atau kelebihan murid dan guru sekolah kita.
*Setiap program yang dilaksanakan di sekolah mesti mencapai peringkat antarabangsa
 untuk ukur pencapaian sekolah kita,
*Kesimpulannya Program maya dpt membantu sekolah utk mencapai jalinan antarabangsa serta pencapaian antarabangsa.
2.      


Gambar-gambar semasa Slot 1
Program Jaringan Antarabangsa





Para peserta khusyuk mendengar taklimat





Penyampaian cenderamata kepada penceramah



LAPORAN KONVENSYEN HARI KE-2


TARIKH: 11 OGOS 2015 (SELASA)- 9.00 pagi -10.30 pagi

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE-21 DAN PERSIDANGAN GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA KE-33

Disempurnakan Oleh:
Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia




Ketibaan YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid disambut oleh 
Pegawai dan Exco MGB Negeri Kedah


YB Dato'Seri Mahdzir bin Khalid bergambar bersama
Pegawai dan Exco MGB Negeri Kedah




Antara intipati Ucapan YB Dato' Seri ialah:

*Beliau juga mempunyai jiwa seorang guru. Pernah berkhidmad sebagai guru di kawasan pendalaman Sabah.
*Kanak-kanak berubah daripada respon semulajadi kepada respon kelaziman.
*Teruja dengan sistem yg diamalkan Negara Korea yang berjaya membina negara bangsanya.
*Kejayaan dalam akademik perlu selari dengan peradaban bangsa yang tinggi.
*Negara Korea mempunyai slogan "We conquar the world"dan terbukti memberi prioriti kepada kejayaan akademik dan peradaban bangsa.
*Pendidikan perlu megubah jiwa negara bangsa kita yang masih kosong
*GB merupakan agen penting untuk mengisi kekosongan tersebut.
*Bukan sahaja sekolah perlu membina peradaban bangsa malah peranan ini perlu dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat.
*PPPM akan diteruskan mengikut perancangan. Mungkin ada penambahbaikan.
*Dalam Strategi Lautan Biru, perlu ada elemen kreatif dan inovatif yg perlu dikuasai oleh semua lapisan pendidik terutama pemimpin sekolah.
*Pihak sekolah mengamalkan sikap kesederhanaan dan tidak perlu mengadakan sambutan besar-besaran terutama dalam menyambut kehadiran pegawai-pegawai di KPM.
*Akhirnya beliau merumuskan pendidikan itu perlu kepada 3 elemen penting iaitu
  • Kegembiraan
  • kebajikan
  • keterbukaan



UCAPTAMA KONVENSYEN
Disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Abdullah bin Mad Yunus
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 
Kementerian Pendidikan Malaysia



Intipati Ucapan Yang Berbahagia ialah

*Merakan tahniah kepada MGB kerana berjaya membawa Menteri Pendidikan untuk perasmian konvensyen.
*YB Menteri Pendidikan bukan sahaja mempunyai sentuhan seorang guru malah merupakan penganalisis dan dapat membuat ulasan dengan baik mengenai pendidikan kerana beliau mempunyai jiwa seorang guru.
*PPPM merupakan hala tuju negara dalam pendidikan
*PPPM juga merupakan platform panduan kerja kepada warga pendidik
*Semua hasrat YB Menteri sudah ada dalam PPPM-perlu pelaksanaan yang bersungguh-sungguh
*Cabaran Guru Besar ialah -Komitmen, pemikiran yang positif dalam pelaksanaan perubahan
*60% gagal dalam pengurusan adalah disebabkan komunikasi
*GB sebagai CEO disekolah perlu berupaya untuk melihat sistem pendidikan sekarang berada pada tahap pelaksanaan yang maksimum seperti PBS, KBAT.
*GB jangan terperangkap dengan sikap ego diri.








Gelagat para peserta konvensyen menanti ketibaan 
Perasmi Konvensyen















RAPTAI SAMBUTAN VIP



KETIBAAN KONTIJEN DARI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DI LAPANGAN TERBANG LANGKAWI



PENDAFTARAN PESERTA KONVENSYEN
DI LOBI HOTEL






Peserta sedang mendaftar

     


Persiapan terakhir oleh BTPN Kedah

TAKLIMAT RUTIN
SEBELUM KONVENSYEN





BACAAN YASSIN DAN SOLAT MAGHRIB
BERJEMAAH
JAWATANKUASA KERJA
KONVENSYEN GMGBM 2015

                           
                                               Solat maghrib berjemaah di De Baron Resort




Majlis Bacaan Yassin sebelum Konvensyen dijalankan


PERSIAPAN AWAL SEBELUM KONVENSYEN


Ketibaan petugas-petugas ke Langkawi


Persiapan menyambut kehadiran peserta ke Konvensyen


Tak mengira waktu  untuk untuk menyambut ketibaan tetamu


Pintu masuk di Jeti Kuah

No comments:

Post a Comment