RELAX....REHAT MINDA
Suatu hari di SK ....... (bukan sekolah sebenar)
PECAT
Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…
OH MY ENGLISH siri 1
ATOK SIAPA LEBIH KUAT
Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.
Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau
Moral diutamakan .....
POS
Posmen : Jauhnya rumah pak cik...puas saya cari dan tanya orang
Pak cik : Pasai apa nak cari pak cik?
Posmen : Ni..nak hantar surat register... penting agaknya
Pak cik : Dah tau rumah pak cik jauh...kau pos saja lah!
Jangan jadi macam ni.....
ASAL USUL CUCUR KODOK
Mat Salleh : Mak Siti, ambil pisang ni...tolong buatkan 'choco dot' untuk saya
Mak Siti : Baik tuan...nanti saya buatkan cokodok untuk tuan
OH MY ENGLISH... siri 2
UJIAN LISAN
Murid 1 ( Johor ) : Salmi hendak pergi ke rumah ibu saudaranya.
Dia menunggang basikal ke sana.
Setelah sampai, ibu saudaranya tiada di rumah.
Murid 2 (Kelantan) : Salmi hendok gi ke rumoh mok cik dio
Dio naik basikal ke sano
Gi gi mok cik dio tak dok
Murid 3 (Kedah) : Salmi nak pi rumah mak cik dia
Dia kayuh gerek ke sana
Pi pi mak cik dia tak dak
Murid lain : Kah..kah..kah...gigi mak cik dia tak ada
Ha ha ha...pipi mak cik dia tak ada
Guru ERT.......RBT.....
Akademi Fanta sia-sia....
MAIL 3 SERINGGIT
Seorang murid ditanya olh guru matematiknya.
Cikgu : Jika sebiji karipap
harganya empat puluh sen. Berapakah harga untuk tiga biji
karipap?
Mail : (Dengan penuh
yakin ) RM 1 cikgu!
Cikgu :Cuba Mail kira
betul-betul (tegur dengan penuh kasih sayang). Tiga biji karipap
darab dengan
empat puluh sen.
Mail : RM 1 cikgu….( sedikit
kecewa dan memberi respon yang bersungguh-sungguh)
Cikgu : Cuba kira semula
Mail : Tiap-tiap pagi
bila saya beli karipap di warung Mak Mah, dia selalu sebut…1 biji
empat puluh
sen, 3 biji seringgit.
Cikguku Bukan Encik Sotong
FREE
Seorang pak cik tua masuk ke supermarket dengan perasaan geram dan
marah.
Pak cik : Kalau nak untungpun, janganlah tipu
pelanggan..
Juru jual : Sabar pak cik…pasal
apa ni?
Pak cik : Pak cik nak
tuntut hadiah yang dijanjikan!
Juru jual : Pak cik beli apa?
Siapa yang janji hadiah pada pak cik ?
Pak cik : Ni…(sambal menunjukkan
tin susu )…kata Cholestrol FREE
UBAT KUAT
Di sebuah pasar malam (jam 8.50 malam )….
Penjual ubat
: Mari..mari..adik abang! Saya ingin memberi tahu sesuatu. Sebentar lagi
bandar ini akan dilanda
gempa bumi. Sekiranya adik abang mau selamat,
cubalah makan ubat saya
ini. Bila adik abang makan ubat ini, nescaya tak
akan merasakan gempa
bumi tu walau sedikitpun. Gempa bumi akan
melanda pada jam 9.00
malam
Orang ramai yang lalu lanang terpingga-pingga
lalu membeli dan memakan ubat yang dijual kerana takutkan kesan gempa bumi yang
akan berlaku.
Jam sudah menunjukkan jam 9.00 malam. Satu minit
berlalu…dua minit berlalu…lima minit berlalu…sepuluh minit berlalu.
Seorang pembeli berteriak kepada penjual ubat
tadi…
Pembeli
: Oiii..penipu…tak rasa apa-apa pun…mana gempa bumi?
Penjual ubat
: Kan saya dah sebut tadi….kalau makan ubat ni adik abang tak kan terasa
gempa bumi walaupun
sedikit !!!
Semua coretan di atas tidak ada kena mengena kepada sesiapa pun sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
ReplyDelete